Wednesday, November 25, 2009

salah ke??

triittt..... triitt,..
bunyi tona pesanan ringkas di telefon genggamku
oh! dari engkau yang dah lama menghilang
mengucap salam bertanya khabar
terkedu aku seketika
perlukah aku membalasnya?

triitt... triiittt...
satu lagi bunyi
adoi! apa lagi?
'eh. maaf. salah hantar.'

oh! baik. semoga aku percaya pesanan ringkas kedua itu.
blah la lu!!!!!!!

Tuesday, November 24, 2009

beza kau dan aku

kita sama buat ibu menangis
tangisan ibu terhadap kejayaanku
tangisan ibu terhadap kedegilanmu

kita sama buat ibu tersenyum
tersenyum bangga pabila manusia memujiku
tersenyum malu pabila manusia bercerita keburukanmu

kita sama buat ibu gelisah
gelisah kerna mengenang aku yang jauh sendiri
gelisah kerna kau tidak pulang-pulang lagi

kegembiraan dariku buat ibu
kesedihan darimu buat ibu
itu beza kau dan aku.

Monday, November 23, 2009

KEMBALI


Di mana kau
Yang acap kali
memberi sinaran pada kehidupan
Di mana kau
di kala kami memerlukan
Apakah kau terasa hati bila tak dipuji?
Apakah kau berkecil hati bila hadirmu dimaki?
aku wakil sekalian alam
merendah diri memohon maaf
atas apa silap dan khilaf
Juga pohon kau kembali
memberi sinar dan menerangi
mari kemari tolong kembali
kembali si matahari.

Sunday, November 22, 2009

tak salah


aku tak salah

bila aku datang diorang yang jamah
aku tak salah
diorang salah
bila aku datang diorang yang jamah
aku tak salah
diorang salah
salah?
salah?
salah?
aku tak
diorang ya.
tak faham?
sukati la.
dah.
noktah.

Thursday, November 19, 2009

episod tiga mungkin.

kelmarin tidur aku yang untuk seketika
disinggahi oleh kamu dalam mimpiku
wajah kamu sugul
seperti ada yang tak betul
kenapa kamu?
datang satu suara bersama kamu
kau berdusta!
kau berdusta!
kau bilang kau akan temani aku sentiasa
kau bilang kau tak akan berpatah arah
kau bilang akan setia selamanya
kau berdusta!
kau berdusta!

oh! apa yang aku dustakan?

ternyata kau hanya perlu aku ketika susah
kau hanya perlu aku tika kau gelabah
kau hanya perlu aku tika nota-notamu terpaksa kau telaah
kau berdusta!
kau berdusta!

oh! apakah ertinya bait-bait katamu itu?
oh! sungguh aku tak mengerti

ya! kau takkan mengerti
selagi belum tibanya hari barumu
tapi aku bisa merasakan kecuranganmu
aku bisa merasakan patah arahmu
aku bisa!
aku bisa!

kini telah tiba hari baru itu
oh! kini segalanya telah aku tahu
di kala lidah terkelu
di kala hujungnya merasa sesuatu
rasa tidak seperti selalu
semuanya berpunca dari aku
'akak, ais kapucino satu!'


oh kafeinku episod dua

malam ini
sekali lagi
merpati dua sejoli
terbang tak tinggi
sekalian makhluk telah pulang
hanya aku dan kamu seorang
melayan jiwa berteman raga
bersama helaian-helaian nota
sedia bekalan untuk berperang.
aku masih kamu temankan
sedari kehangatan hingga kedinginan
demi menghalang aku lemah
menahan kelopak yang mahu rebah
terima kasih aku ucapkan
setia pada kamu aku akan
berpaling dari kamu aku tak akan
asal kamu tahu bukan mudah
bukan mudah berpatah arah
setia aku satu hanya pada kamu
kasih aku satu hanya untuk kamu
oh kafeinku...........

Wednesday, November 18, 2009

0h kafeinku episod satu

ku perlu kamu
bila bila masa
ku ingin kamu
bila bila ketika
ya kamu
ya kamu
temanku
di kala kuyu
di kala tak tentu

kamu dan aku
bagai sejoli
merpati terbang
tapi tak tinggi
kerna aku
kerna aku
gayat.

kuikuikui.